Home » , » Pendapatan pertama meniaga di Shopee 2020 RM145.54

Pendapatan pertama meniaga di Shopee 2020 RM145.54

Saya nak kongsikan income pertama saya dropship di shopee. Tak banyak pun macam orang lain tetapi sebagai pemula ( newbie ) saya rasa boleh tahan kerana sale boleh di katakan setiap hari ada masuk. Hujung minggu lepas sales dropship shopee ada masuk 7 sale. Saya tak gunakan iklan shopee yang berbayar tu. Saya hanya fokus perkongsian ke facebook dan group whatsapp sahaja.

Tak senang juga la untuk buat duit dengan shopee tetapi boleh berjaya jika kita rajin. Jadi pendapatan pertama saya dropship shopee ialah rm145.54. Itu seperti di dalam gambar di bawah tetapi harus ingat itu termasuk juga modal yang saya keluarkan untuk beli barang di shopee juga sebelum barang di jual kembali kepada pembeli.



Pendapatan pertama meniaga di Shopee

Syok juga meniaga di shopee ni. Banyak sebenarnya panduan untuk meniaga di shopee ni. Saya ada baca yang percuma dan berbayar. Saya akan cuba kongsikankan di ini tentang bisnes shopee ni.

Jika anda nak lebih pakar dan yakin meniaga di shopee ni, anda baca lah panduan meniaga di shopee ni. Saya pasti anda akan dapatkan sale pertama anda dan juga meningkatkan sale sedia ada. Tak banyak pun, sikit la dapat tip dan panduan dari senior dropship shopee ni.

Terima kasih kerana membaca Pendapatan pertama meniaga di Shopee 2020 RM145.54

« Sebelumnya
« Prev Post
Seterusnya »
Next Post »

0 comments:

Post a Comment