Home » , » Pengalaman berniaga di Shopee

Pengalaman berniaga di Shopee

Aku baru lagi berniaga di shopee ni, orang kata seronok berniaga di shopee. Jadi aku cubalah jual barang di shopee walaupun ilmu tak ada banyak. Baca-baca gitu-gitu kat google je lepas tu aku cuba la. Produk pula tak ada jadi aku cuba dropship produk kat shopee. Aku cari seller yang rating bagus dan produk laku laris, aku copy gambar dia dan info tentang produk. Aku post balik dala kedai aku.

Bagi aku produk laku ni ikut trend juga. Kalau sekarang musim covid, jadi yang laku di shopeenya ialah termometer check suhu tu. Aku pun suba lah. Cari seller yang harga rendah dan rating 3.5 ke atas. Aku copy link barang dia.


pengalaman berniaga di shopee
5 sales pertama aku di shopee


Produk dia aku masukkan dalam kedai shopee aku dan aku publishkan. Lepas tu aku ambil ink shopee aku untuk produk tu dan paste kat group facebook. Hari yang sama juga sale dah ada, macam magik pula sebab itu kali pertama aku berniaga di shopee sebenarnya.

Pengalaman berniaga di Shopee

Nak kata takde modal tu, ada juga sebab aku kena beli produk dari seller lain dulu guna duit aku. Aku guna kad jadi, takde le keluar cash kan.

Setelah dapat sale, aku order barang tu dari seller lain. Masa bayar online tu, aku masukkan nama dan alamat pembeli barang aku tadi. Jadi seller sebenar shopee akan pos barang tu direct ke pembeli. Harga aku dan naikkan siap-siap.

Jadi keuntungan aku ialah perbezaan harga antara aku aku jual dengan harga aku beli tadi la. Nak naikkan harga banyak sangat tak boleh, tak laku nanti. Naikkan sikit jer, saja nak ambil feel berniaga di shopee.

Itulah pengalaman pertama aku berniaga di shopee. Korang daftar akaun seller shopee siap-siap. Nanti aku kongsi lagi pengalaman aku berniaga di shopee ni.
Terima kasih kerana membaca Pengalaman berniaga di Shopee

« Sebelumnya
« Prev Post
Seterusnya »
Next Post »

0 comments:

Post a Comment