Home » , » Dapat 7 sales shopee hari minggu lepas - apa saya buat?

Dapat 7 sales shopee hari minggu lepas - apa saya buat?

Hujung minggu lepas, saya dan keluar pergi jalan-jalan di IKEA survey Billy perabot buku tu kan, ala yang selalu kehabisan tu. Sekali sekali semak app shopee, ada 7 sales shopee masuk. Bukan serentak pada masa tu la, mungkin pada sehari hari sabtu tu sahaja kot. Ok la kan sebab saya bukannya buat iklan shopee tu sebab itu perlukan kos untuk bayar iklan shopee. Saya ni kan dropship je. Belum ada duit untuk keluarkan modal iklan shopee buat masa ni.

Amacam? bset kan sambil shopping tetiba sales shopee masuk kan. Macam tu je cara meniaga di shopee ni. Apa- apa pun mungkin boleh berlaku. Tapi yang penting langkah pertama kita utuk buat dropship shopee Malaysia tu. Kalau tak cuba, tak tahu kan. Mana lah tahu rezeki anda ada di shopee.




Cara daftar dropship di shopee ( how to become shopee seller malaysia ) pun mudah sahaja, ramai suri rumah yang buat. Anda boleh buka app shopee dan godek-godek sikit. Jika nak lebih pro dna lancar, anda bacalah buku yang saya baca juga tentang cara dropship shopee ni. Banyak manfaat, jimatkan masa nak cari info kat google.

7 sales yang masuk, saya kena proses cepat-cepat. jangan lambat-lambat nanti customer rasa tak puas hati. Kita sebagai seller shopee kena jaga nama baik kedai kita sebab customer boleh bagi rating kepada kedai kita. Kalau rating rendah, susah lah kita nak menjual di shopee kan. Jadi kena jaga rating kedai shopee baik-baik.

Cubalah dropship shopee dan baca panduan shopee. Saya dapat banyak info melalui pembacaan. Belum pernah pegi kelas shopee lagi setakat ini.

Terima kasih kerana membaca Dapat 7 sales shopee hari minggu lepas - apa saya buat?

« Sebelumnya
« Prev Post
Seterusnya »
Next Post »

0 comments:

Post a Comment