Home » » Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee

Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee

Anda pasti tahu Shopee kan platfrom jual beli online terbesar di Malaysia. Sebenarnya anda juga boleh jual barang di Shopee (meniaga di Shopee) atau jika anda tiada produk, anda boleh buat duit dengan dropship di Shopee. Dropship Shopee ialah anda jual produk orang lain di Shopee dan anda masih dapat keuntungan. Nampak mudah kan dan memang mudah jika anda tahu cara jual barang atau dropship di Shopee sebab dah ramai yang berjaya meghasilkan pendapatan melebihi rm1000 seminggu di Shopee ( bukan sebulan ye).


cara meniaga di shopee


Kelebihan meniaga di Shopee

Apa kelebihan meniaga di Shopee ni?

1. Tak perlu buat dokumen yang leceh - semua rekod urusniaga ada dalam akaun kedai Shopee ni. Nak buka kedai Shopee ni free sahaja, tak perlu bayar ye.

2. Pasaran yang luas sebab ramai orang beli barang di Shopee - di Shopee ni macam-macam produk anda, sebab tu 700000 orang online sehari di Shopee. Luas pasaran kan berbanding dengan kedai fizikal. 

3. Jimat masa dan automatik - tak perlu nak layan mesej whatsapp (jika anda berniaga di whatsapp) atau jawab DM ig (jika anda meniaga di ig). Anda juga tak perlu jawab-jawab mesej Fb tu. Itu semua memerlukan masa anda untuk menyakinkan pelanggan. di Shopee, hanya masukkan gambar dan info produk. Jika ada order dari pelanggan, Shopee akan bagi notification di telefon. Jadi, kerja kita sebagai seller lebih murah dan terurus.

4. Pelanggan ramai - pembeli yang buka app Shopee ni memang nak membeli barang. Tak macam FB atau Instagram, tak ramai yang buka untuk mencari produk. Jadi potensi pembelian adalah tinggi.


Info jual barang di Shopee

Ada beberapa perkara yang anda kena tahu untuk meniaga di Shopee ni. Anda boleh google dan cari sendiri jika anda mahu, pasti ada orang berikan perkongsian pengalaman meniaga di Shopee - tetapi anda perlukan masa untuk mencari info-info di bawah:

1. Cara buka kedai Shopee anda sendiri dan cara masukkan produk anda ke dalam kedai Shopee anda. Cara pilih gambar yang menarik dan cara tulis info produk juga anda perlu tahu

2. Cara nak uruskan order yang masuk - bungkusan dan pos barang

3. Tips apa nak buat jika barang tak sampai kepada pelanggan atau barang tu rosak

4. Cara untuk promosi kedai Shopee anda dan cara untuk dapat ramai follower ke kedai anda

5. Cara buat dropship di Shopee. Dropship ni ialah anda promote barang seller lain mengikut harga anda. Jika ada order, owner produk akan poskan produk kepada pelanggan. Anda tak perlu modal dan tak perlu simpan stok barang.





Jika anda mahukan jalan pantas untuk jual barang / dropship di Shopee, anda boleh baca perkongsian pengalaman orang berpengalaman meniaga di Shopee. Beliau ialah seorang Shopee Preffered Seller, Ebay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller - maknanya pengalaman beliau jual barang online di pelbagai paltform online sangat luas dan beliau ada kongsikan pengalaman beliau sebagai seller di Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee.


Anda juga akan di masukkan ke Group FB Seller Shopee untuk membantu anda jika menghadapi masalah atau memerlukan tip dan panduan dari masa ke masa. Mudah kan sebab ada orang untuk anda merujuk jika ada kekeliruan tentang jual barang di Shopee.

Jadi, anda boleh rebut peluang ini untuk meniaga di Shopee. Semoga usaha anda, masa, tenaga dan pelaburan anda boleh memberikan kebahagian kepada keluarga anda - Amin.

Terima kasih kerana membaca Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee

« Sebelumnya
« Prev Post
Seterusnya »
Next Post »

0 comments:

Post a Comment