Cara dropship di Shopee Malaysia

thumbnail
Cara dropship di Shopee Malaysia ni nak kata mudah pun tak, nak kata susah pun tak. Sebab kalau kita tahu caranya, mudah sahaja, asalkan rajin je buat. Ulang-ulang benda yang sama tetapi prosuk berlainan. Korang tahu kan dropship ni macam mana - kita jual barang orang. Jadi dropship shopee ni kita tak perlu simpan stok sebab bila dapat order, kita akan minta seller terus pos barang ke pelanggan. Macam kita makan atas angin je le kan. Nampak macam mudah kan dropship shopee ni.

Jadi, perlukan modal? Modal ya, perlu tetapi kalau kita guna kredit kad, kena timing yang sesuai kita tak perlu  keluar duit pun. Sebab kalau belanja guna kredit kad kan, ada tempoh 21 hari untuk bayaran hutang kredit kad tanpa kena interest bank. Jadi gunakan cara bayaran shopee ini.



Cara dropship di Shopee ni, anda kena tahu caranya sebab ada risiko juga jika anda tersalah langkah. Risiko takde le sampai anda rugi ribu-ribu. Risikonya kedai shopee seller anda mungkin dapat rating rendah, proses dropship anda lambat dan servis anda tak mampu mengembirakan pembeli. Jadi ilmu dropship shopee ni sangat penting. Tak mahal pun untuk tahu ilmu-ilmu ni.

Saya banyak dapat ilmu shopee ni di dalam Panduan Bisnes Shopee. banyak info-info berguna jika anda nak mulakan dan kembangkan lagi kedai shopee anda ( kedai shopee tu free je nak buat kan ). Jadi rebutlah peluang ini ini bekerja dari rumah, buat part time dulu pun ok gak kedai shopee ni. Tak perlu full time. Kalau kalau dah order banyak, kalut gak la.

Okla, tu je nak kongsi kali ni. Boleh komen kalau ada apa2 nak tanya.

Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee

thumbnail
Anda pasti tahu Shopee kan platfrom jual beli online terbesar di Malaysia. Sebenarnya anda juga boleh jual barang di Shopee (meniaga di Shopee) atau jika anda tiada produk, anda boleh buat duit dengan dropship di Shopee. Dropship Shopee ialah anda jual produk orang lain di Shopee dan anda masih dapat keuntungan. Nampak mudah kan dan memang mudah jika anda tahu cara jual barang atau dropship di Shopee sebab dah ramai yang berjaya meghasilkan pendapatan melebihi rm1000 seminggu di Shopee ( bukan sebulan ye).


cara meniaga di shopee


Kelebihan meniaga di Shopee

Apa kelebihan meniaga di Shopee ni?

1. Tak perlu buat dokumen yang leceh - semua rekod urusniaga ada dalam akaun kedai Shopee ni. Nak buka kedai Shopee ni free sahaja, tak perlu bayar ye.

2. Pasaran yang luas sebab ramai orang beli barang di Shopee - di Shopee ni macam-macam produk anda, sebab tu 700000 orang online sehari di Shopee. Luas pasaran kan berbanding dengan kedai fizikal. 

3. Jimat masa dan automatik - tak perlu nak layan mesej whatsapp (jika anda berniaga di whatsapp) atau jawab DM ig (jika anda meniaga di ig). Anda juga tak perlu jawab-jawab mesej Fb tu. Itu semua memerlukan masa anda untuk menyakinkan pelanggan. di Shopee, hanya masukkan gambar dan info produk. Jika ada order dari pelanggan, Shopee akan bagi notification di telefon. Jadi, kerja kita sebagai seller lebih murah dan terurus.

4. Pelanggan ramai - pembeli yang buka app Shopee ni memang nak membeli barang. Tak macam FB atau Instagram, tak ramai yang buka untuk mencari produk. Jadi potensi pembelian adalah tinggi.


Info jual barang di Shopee

Ada beberapa perkara yang anda kena tahu untuk meniaga di Shopee ni. Anda boleh google dan cari sendiri jika anda mahu, pasti ada orang berikan perkongsian pengalaman meniaga di Shopee - tetapi anda perlukan masa untuk mencari info-info di bawah:

1. Cara buka kedai Shopee anda sendiri dan cara masukkan produk anda ke dalam kedai Shopee anda. Cara pilih gambar yang menarik dan cara tulis info produk juga anda perlu tahu

2. Cara nak uruskan order yang masuk - bungkusan dan pos barang

3. Tips apa nak buat jika barang tak sampai kepada pelanggan atau barang tu rosak

4. Cara untuk promosi kedai Shopee anda dan cara untuk dapat ramai follower ke kedai anda

5. Cara buat dropship di Shopee. Dropship ni ialah anda promote barang seller lain mengikut harga anda. Jika ada order, owner produk akan poskan produk kepada pelanggan. Anda tak perlu modal dan tak perlu simpan stok barang.





Jika anda mahukan jalan pantas untuk jual barang / dropship di Shopee, anda boleh baca perkongsian pengalaman orang berpengalaman meniaga di Shopee. Beliau ialah seorang Shopee Preffered Seller, Ebay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller - maknanya pengalaman beliau jual barang online di pelbagai paltform online sangat luas dan beliau ada kongsikan pengalaman beliau sebagai seller di Panduan cara jual barang atau dropship di Shopee.


Anda juga akan di masukkan ke Group FB Seller Shopee untuk membantu anda jika menghadapi masalah atau memerlukan tip dan panduan dari masa ke masa. Mudah kan sebab ada orang untuk anda merujuk jika ada kekeliruan tentang jual barang di Shopee.

Jadi, anda boleh rebut peluang ini untuk meniaga di Shopee. Semoga usaha anda, masa, tenaga dan pelaburan anda boleh memberikan kebahagian kepada keluarga anda - Amin.

Dapat 7 sales shopee hari minggu lepas - apa saya buat?

thumbnail
Hujung minggu lepas, saya dan keluar pergi jalan-jalan di IKEA survey Billy perabot buku tu kan, ala yang selalu kehabisan tu. Sekali sekali semak app shopee, ada 7 sales shopee masuk. Bukan serentak pada masa tu la, mungkin pada sehari hari sabtu tu sahaja kot. Ok la kan sebab saya bukannya buat iklan shopee tu sebab itu perlukan kos untuk bayar iklan shopee. Saya ni kan dropship je. Belum ada duit untuk keluarkan modal iklan shopee buat masa ni.

Amacam? bset kan sambil shopping tetiba sales shopee masuk kan. Macam tu je cara meniaga di shopee ni. Apa- apa pun mungkin boleh berlaku. Tapi yang penting langkah pertama kita utuk buat dropship shopee Malaysia tu. Kalau tak cuba, tak tahu kan. Mana lah tahu rezeki anda ada di shopee.




Cara daftar dropship di shopee ( how to become shopee seller malaysia ) pun mudah sahaja, ramai suri rumah yang buat. Anda boleh buka app shopee dan godek-godek sikit. Jika nak lebih pro dna lancar, anda bacalah buku yang saya baca juga tentang cara dropship shopee ni. Banyak manfaat, jimatkan masa nak cari info kat google.

7 sales yang masuk, saya kena proses cepat-cepat. jangan lambat-lambat nanti customer rasa tak puas hati. Kita sebagai seller shopee kena jaga nama baik kedai kita sebab customer boleh bagi rating kepada kedai kita. Kalau rating rendah, susah lah kita nak menjual di shopee kan. Jadi kena jaga rating kedai shopee baik-baik.

Cubalah dropship shopee dan baca panduan shopee. Saya dapat banyak info melalui pembacaan. Belum pernah pegi kelas shopee lagi setakat ini.